ni pon sebab ade majlis kahwin,kalau x,memang xjumpa la dengan ahli keluarga ni..aku pegi umah mak cik aku malam jumaat lagi..nak tido kat sana,mak aku xpergi pon..yang pergi kat umah mak cik 3 orang je adik-beradik aku..aku,kak ada,ngan irfan..
Kitorang sebelah pengantin lelaki,so ni majlis bertandang umah pengantin perempuan la..aku pegang hantaran tuu..dh lama xpegi wedding sebenarnya..lagipon,aku bukan minat sangat pon benda2 macam ni..tapi,disebabkan sepupu aku yang kahwin,aku seronok la jugak..boleh amik gambar banyak-banyak..hehehe..
Masa aku pergi umah mak cik aku,ramai jugak yang tanya..kenapa aku dah gelap??aku pon,ape lagi..cerita la pasal kawad kaki and kem LIBK yang aku pergi tu..Tapi,segan jugak,bila ramai yang tanya apsal aku gelap..
Walaubagaimanapun,hari ni tetap menggembirakan..gelap???no hal la..sapu makeup,jalan r..tapi nmpak jgk la aku gelap..aku xkisah,janji aku enjoy..aku nak je upload gambar terbaru,tapi aku tunggu Anis tolong editkan dulu..nanti aku upload gambar tu next week..sama dengan gambar menyambut menantu sekali..
Cerita gembira kedua pula pasal result aku..Alhamdulillah,sesungguhnya aku memang sangat bersyukur pada Allah SWT. sebab bagi result semester dua aku dengan baik sekali..aku target 3.85..tapi aku hanya mendapat 3.81..namun,aku memang sangat bersyukur,sebab aku rasa soalan susah betul..Aku slack kat subjek MGT(B+)BEL(A-) and ECO(A-).
Memang aku xsangka boleh dapat result macam tu..tapi,aku rasa aku masih lagi perlu belajar banyak lagi sebab aku bukan la dlm kategori genius+cepat pick-up..lagipun,aku xnak lalai dengan ape yang aku dapat..Harap-harap sem depan prestasi lagi bagus dengan akhlak semakin baik..Aminn..Insya-Allah..
Aku juga sebenarnya punya cerita sedih,masa aku kat umah mak cik aku,one of my cousins asked my father,nape ayah aku nampak letih je?lepas tu,ayah aku jawab yang ayah aku ade penyakit Hepatitis.aku xpasti la plk tu Hepatitis A,B or C coz aku bukan reti sangat pasal penyakit-penyakit ni..tapi penyakit ni sebab hati dah rosak..
Sedih betul bila dengar yang ayah aku dah xsihat seperti dulu kala.Aku jugak sedih sebab aku sebagai anak,aku xtau pon yang ayah aku ade penyakit tu..Aku rasa macam aku anak xberguna..xtau pasal penyakit ayah aku..Aku tau la ayah aku sakit,tapi semalam baru aku tau hal sebenarnya.Rupa-rupanya,bila kita jauh dari kedua ibu-bapa kita,banyak yang mereka rahsiakan dari kita..
Kalau pasal rahsia,aku sebenarnya sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa mahu tahu pasal family aku sebab aku xnak perkara yang sama berulang kali.5 years back in 2004,semasa arwah atuk aku meninggal,xde orang bagitau aku.Seminggu lepas tu,baru aku tau.Alasannye,masa tu aku tengah final exam akhir tahun. Kiranya,keluarga aku xnak aku terganggu dan fokus pada pelajaran.
Fokus??memang la diperlukan klo time nk exam,tapi kalau hal-hal macam ni,jangan la berahsia dengan aku.Lepas aku tau yang atuk aku meninggal,seharian aku menangis.Atuk yang aku sayang dah xde.Tapi,nak buat macamana,perkara dah berlaku.Menangis air mata darah sekali pun,atuk aku xkan kembali lagi kat dunia ni.
Bila aku ingat perkara ni,aku rasa ada hikmahnya aku belajar di bumi Malaysia yang tercinta ni.Walaupun berlainan negeri,tapi masih ade kat Malaysia.Cuba bayangkan,kalau aku belajar kat oversea,entah-entah,khabar yang aku dengar xsemestinya sama dengan apa yang berlaku..Nauzubillah..
Aku mahu berdoa dan berharap keluarga aku serta kawan-kawan aku dilimpahi kesihatan dan kebahagiaan di dunia ini supaya kita semua dapat hidup dengan lebih gembira..
Aku ngan ayah aku semalam sewaktu bersiap sedia untuk majlis bertandang ke rumah pengantin perempuan.
No comments:
Post a Comment