Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Sunday, December 27

SEMANGAT BELAJAR

Sudah lama nampaknya aku xupdate blog..
aku ketandusan idea barangkali..

InsyaAllah minggu depan,4hb Januari 2010,aku akan memulakan semester baru,iaitu semester 3. Nampaknya,ada 2 sem lagi untuk aku menghabiskan Diploma Trek Pantas Perakaunan kat kampus Puncak Perdana..

Sem baru,semangat pun baru..banyak yang aku harapkan pada semester depan baik dari segi akademik malah sahsiah..seiring dengan pertambahan umur..Maklum sajalah,2010 menjadikan umur aku sudah 19 tahun..Cepat sungguh masa berlalu..Maka,aku xmahu lagi berpaling ke belakang,menyesali ape yang terjadi..ape yang aku mampu lakukan adalah berusaha dengan sebaik mungkin untuk menuju KEJAYAAN HAKIKI..DUNIA DAN AKHIRAT..

Jadi,entry kali ini lebih kepada ilmiah kerana aku juga mahu berkongsi apa yang aku baca dari beberapa laman web untuk meningkatkan motivasi belajar..(skemanya aku)..HAHAHA..
Tapi,xkirala,orang nak cakap aku skema ke,bajet rajin ke,blog aku..aku punye suka la..

..................................................
..................................................
Ni tips yang aku dapat dari http://www.connection.my/mrahfa/blog/19/
Berguna untuk aku dan kawan-kawan yang tengah belajar dan mencari inspirasi..

1. Dengar Muzik:
Kalau masa tu kawan-kawan nak membuat latihan rutin, takde salahnya memasang radio atau walkman, jangan sampai mengganggu kawan yang lain ataupun terlalu kuat sehingga boleh merosakkan telinga.
(bagi aku,kuat pon xpe,lagi2 kalau tengah stress,aku memang selalu dengar muzik kuat-kuat sampai xdengar orang panggil aku)

2. Mulakan study dengan topik yang mudah dulu: 
Ye, kita tahu kita ada banyak topik yang perlu dipelajari, tapi mulakan dengan topik yang mudah dulu.
(yang ni,aku setuju..)

3. Cerita pengalaman belajar hari ini: 
Kalau ada kawan rapat yang sama-sama belajar, elok kiranya untuk bercerita tentang apa perkara baru yang anda dah belajar hari ni, ini membuatkan anda berasa lebih bersemangat dan dekat dengan pelajaran.
(yang ni aku xberapa setuju..kalau yang xde kawan rapat yang sama-sama belajar,macamana??Baik korang lepak kat dlm bilik yang xde orang,pastu bercerita kat dinding..lagi best..aku memang selalu wat benda ni r)

4. Kuatkan diri: 
Selalu-selalu lah bersenam sambil memberitahu diri yang anda boleh menjadi seorang top student, ataupun kalau anda ada projek yang perlu diselesaikan, bisikkan diri "aku boleh!!" semasa aktiviti jogging atau bersenam yang lain.
(no comment,tapi bagus jugak la..)

5. Doa: 
Selalu-selalulah berdoa kerana ilmu tu datangnya dari-Nya, dengan sifat pemurah, semoga anda sentiasa mendapat petunjuk di dalam pelajaran.
(yang ni pulak,memang patut r kita semua lakukan sebab tanpa izin dari Allah SWT,segala usaha kita tetap menemui jalan buntu dan gagal)

...................................................................
...................................................................

Tips dah habis,jadi sekarang tibalah masanya aku berundur....
Tapi,apa yang aku tulis tu memang betulla..aku nak sangat semangat untuk belajar xpernah luntur,xpernah rasa jemu,xpernah rasa malas..

Baby Fatmin,adik aku ngan mak aku..
(pembakar semangat aku untuk terus belajar dan berjaya)


 

No comments: