Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Sunday, June 13

::baitul muslim::

hai..assalamulaykum

semalam saya ada terbaca satu artikel mengenai baitul muslim.Tahukah anda apa itu baitul muslim??
Sebelum ini saya mengetahui baitul muslim adalah perkahwinan antara lelaki dan perempuan melalui novel VERSUS karya HLOVATE.
Perkataan baitul muslim muncul dalam novel itu apabila Ashraff Omar mahu membina perkahwinan bersama Minn Edina.

Semalam saya telah membuka laman web iLuvIslam dan saya terjumpa artikel ini."Bila kamu sebut fasal Baitul Muslim".Rupa-rupanya baitul muslim bukan sekadar membina mahligai yang dinamakan perkahwinan tetapi ia adalah lebih daripada itu.Ia adalah satu perkara penting untuk membina individu,keluarga,masyarakat dan seterusnya ummah.Baru saya tahu,sebenarnya amat penting untuk kita membentuk peribadi mulia supaya kita dapat membina ummah yang bersatu padu.

Hal ini kerana,untuk membina ummah adalah suatu perkara yang besar.Ia bermula dari pembentukan individu.Jadi,kawan2,adakah kita teringin untuk membina ummah untuk mengembalikan kembali kegemilangan umat Islam??Sudah tentu ya,kan??Jadi,kita perlu membentuk peribadi yang mulia supaya kita dapat membina keluarga yang dirahmati Allah,masyarakat yang saling bersatu padu seterusnya Ummah yang bersatu teguh dalam mempertahankan agama.

Rasanya ini entah keberapa kali saya katakan yang saya mahu berubah,tapi kadang2,rasanya masih di takuk lama.Tapi,kali ini harap-harapnya tidak hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.
1)saya sudah removed all my frens on fb
2)saya juga sudah memadamkan semua gambar saya di fb
3)saya juga deactivate akaun fb saya.

SELAMAT TINGGAL FACEBOOK.SELAMAT DATANG PERUBAHAN YANG BARU.

4)saya juga tidak mahu menggunakan broadband sem depan.(nmpak drastik kan??)

5)so,next month,saya akan jarang update blog dah(KALAU UPDATE PON,MESTI SAYA UPDATE KAT PTAR ATAU CC)



saya buat untuk kebaikan diri saya.tinggalkan dunia maya sebab saya rasa masa saya banyak dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.
semester depan semester akhir diploma fast track accountancy.so,saya nak kejar ANC(anugerah naib canselor).juga mahu menyiapkan diri untuk membina baitul muslim*bukan nak kahwin tau*
tinggi sangat ke cita2??x kan??


*currently listens to nasheed songs*
baru download.
kalau nak dengar,
check this link
http://www.mediafire.com/?1yxug33x104
http://www.mediafire.com/?cy0xjonynhy
http://www.mediafire.com/?5izftnwoora 
http://www.mediafire.com/?4lzdns6yzyg

BYE2,DEAR FRIENDS..
LET US PRAY FOR OUR SUCCESS IN OUR LIFE AND HEREAFTER.
AMIINNNN..INSYAALLAH..

2 comments:

Hanis Amanina said...

pray for me too yea?

nak berubah jugak. tapi entah bila. :(

Bukan Pesimis said...

kita boleh..
asalkan ada motivasi..
if there is a will,there is a way,rite??
never say no before trying..
lets do it..chaiyokkk2..