Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Sunday, July 4

A fresh START..

ASSALAMUALAYKUM..

Alhamdulillah pagi semalam saya sudah selamat sampai ke kolej dan esok adalah hari pertama bagi semester ini.Berdebar-debar rasanya untuk menjadi seorang pelajar semester akhir ni.Saya rasa mahu tingkatkan stamina sebab subjek semester ini sangat berat dan meletihkan.Ia bukan setakat pergi mendengar kuliah dan balik berehat,tetapi ia lebih dari kuliah.

Jadi,saya rasa saya patut mencari sesuatu yang boleh membuatkan saya sentiasa segar dan bersemangat untuk belajar sebab selalunya apabila ada kelas yang memerlukan pengiraan yang banyak,pada malamnya saya akan rasa sangat mengantuk dan letih. Tetapi,subjek pengiraan sangat la best cuma meletihkan otak dan kini saya perlu berdepan dengan subjek2 tersebut paling kurang 4 jam sehari,dan paling banyak 6 jam sehari.

Antara subjek yang akan saya belajar semester ini adalah:
Integrated Accounting Study
Auditing
Taxation II
Financial Management
Information For Managing Resources
Introduction to Partnership and Company Law
Fundamentals of Entrepreneurship
Introduction to Critical Thinking

Semester baru,kolej pun turut bertukar.Pentadbiran kolej mengarahkan komander berpindah kolej dari blok 3 ke blok 5 iaitu blok lelaki.Aiseyh!!Saya xtau bagaimana mereka boleh berfikir untuk meletakkan kami semua di blok 5.Cuba bayangkan,hidup dalam hostel seperti berada dalam kegelapan sebab langsir,pintu xboleh dibuka sebarangan.Adakah pihak pentadbiran tidak menyelidik dahulu pros and conts??Saya pun tidak tahu.Sepatutnya mereka perlu lebih prihatin sebab perempuan perlu menjaga aurat dan keselamatan lebih dari pelajar lelaki.Bagi saya,pihak kolej sebenarnya agak b***h sebab conts sebenarnya lebih banyak dari pro.

Arggh,biarlah dengan kolej tu.Kalau geram sekalipun,apalah sangat yang boleh disuarakan oleh kami sebagai pelajar.Kalau banyak2 bersuara,nanti dikatakan pelajar memberontak pulak.Nanti xpasal-pasal kena buang kolej.Xnak la macam tu.Lebih baik baik dapat kolej daripada xdapat langsung.:)

Dua hari sebelum bermula kelas adalah tersangat bosan.Xtau apa yang perlu dibuat dan semalam Kak Nilam ajak pergi uptown.Best jugak.Xbeli banyak pun sebab saya mahu berjimat sekarang ni.Saya ingat nak ambil lesen kereta dan motor bulan ni sebab tahun depan saya mahu menggunakan motosikal untuk berulang-alik dari fakulti ke kolej nanti.Xmahu bersesak-sesak di dalam bas umpama sardin lagi.
 
Apabila semester baru bermula,saya akan kurang update blog dan tumpukan perhatian kepada pelajaran..
Go Go SYAFIQAH!!You CAN DO it!!
 

No comments: