Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Sunday, September 5

Berbuka puasa untuk tunjuk kekayaan

Hai,Assalamualaykum..

Berbuka puasa untuk tunjuk kekayaan?Ada ke kes macam tu?
Jawapannya ADA..

Ia mungkin tidak berapa meluas di negara kita,tapi di negara Uzbekistan,ini perkara biasa bagi golongan kaya.Mereka sengaja membuat majlis berbuka puasa di restoran-restoran besar di negara mereka untuk menunjuk-nunjukkan kemewahan mereka.

Haish..macam-macam..Tindakan mereka ini menyebabkan pihak berkuasa negara diorang mengharamkan majlis berbuka puasa secara terbuka bermula tahun ini.Saranan kerajaan mendapat sambutan mereka yang bergolongan kaya dan mereka tidak lagi berbuka puasa secara besar-besaran.

Di negara kita,bagaimana pula??
Sama sahaja.Cuma niatnya mungkin bukan untuk menunjuk-nunjuk kekayaan tetapi untuk memuaskan nafsu makan.Betul atau tidak??

Haa..baik mengaku.BETULLLLLLLLLLLL...
Berbuka puasa beramai-ramai itu memang bagus tetapi jika makanannya banyak berlebihan dan terpaksa dibuang ke dalam tong sampah,itu sudah masuk dalam kategori MEMBAZIR..Kalau dah tahu tangki perut itu kecik,jangan beli banyak-banyak.Membazir itu kan amalan syaitan..


p/s:Elakkan pembaziran.Kesian dekat orang yang xdapat makanan,daripada membazir,baik kita beri kepada orang yang benar-benar memerlukan

No comments: