Selamat pagi..jam di screen komputer menunjukkan jam 7.18 am..wah,pagi lagi nampaknya..
Boleh la datang awal ke kelas LAW pagi ni.
update blog kejap.
isu apa yang hot??
dah lama xbaca paper.busy.malas nak layan internet slow macam siput lumpuh.
blogwalking sambil baca nota LAW pasal PARTNERSHIP rules and regulations.
owh,banyak sudah isu yang saya terlepas.
NAMEWEE?
GANYANG MALAYSIA?
NON MUSLIM MASUK MASJID?
POLITIKUS?
Arggh..xpeka rupanya dengan keadaan sekeliling.
Tapi,satu isu sangat menarik perhatian iaitu isu non muslim masuk masjid.(isu ni lama ke baru?lantaklah..nak komen jugak)
Betul ke xboleh??
Adakah masjid itu hanya untuk orang Islam melakukan ibadah sahaja?
Setahu saya,peranan masjid itu banyak.Tak percaya??Baca balik buku TEKS PENDIDIKAN ISLAM untuk PMR(Tingkatan 1,2,dan 3).
Saya ingat lagi saya pernah hafal peranan masjid.
Memang bertuah ISLAM mendapat MELAYU.Memang MELAYU bertuah mendapat ISLAM.
Tapi,sayang.....
MELAYU adalah MUSLIM tanpa ISLAM..penghayatan agama tiada.sayang seribu kali sayang.
Kenapa masjid dieksklusifkan??kenapa tidak membiarkan sahaja non muslim mendekatinya?Persetankan dengan niat.Kerana niat boleh berubah.Mungkin pada mulanya berniat jahat.
Tapi,apabila disogokkan dengan keindahan Islam di rumah Allah,dengan izin dari ALLAH,niat BELIAU mungkin berubah.
Pernah dengar tentang cerita Saidina Umar Al-Khattab yang ingin membunuh adiknya lalu terbantut niatnya apabila mendengar alunan al-Quran surah Thaha??Nampak macam xsama,tapi ia sama.
Pada mulanya,niat untuk membunuh dan kemudian tertarik dengan alunan al-Qur'an.
Aplikasinya adalah apabila non-muslim mendekati masjid dan pada mulanya dia berniat jahat,tetapi niat itu boleh berubah apabila melihat Islam itu sendiri,Cara hidup,cara berfikir.Kenapa mesti sempitkan pemikiran dan menuduh orang itu dan ini?Siapa kita mahu mempertikaikan niat?Nampak baik tapi niat?Nampak jahat tapi niat??Memang betul niat tidak menghalalkan cara.Tapi non muslim memasuki masjid itu haram ke?Salah ke caranya??
Inilah akibat dari MUSLIM tanpa ISLAM,namanya ber bin dan berbinti kan ISLAM.
Tapi,solatnya dimana?Konsisten?
Tudungnya mana?Koyak?
Bersentuhan dengan bukan muhrim??Halal?
Berdua-duaan lelaki dan perempuan?Sweet?
Orang non-muslim memasuki masjid?haram?
Mendoakan orang bukan Islam?x Boleh??
Arggghhhhh...saya pening dengan agama ISLAM di MALAYSIA.
Agama Islam di Malaysia agak pelik.Tak percaya??
Duduk satu tempat di mana orang lalu-lalang dan buat pemerhatian sendiri.
Jawapannya akan ditemukan.Kalau susah sangat nak cari tempat untuk buat pemerhatian,
anda semua dijemput untuk datang buat pemerhatian di Kolej Puncak Perdana,UiTM Puncak Perdana,Shah Alam.
Duduk di gazebo,dan tengok kebanyakan kelakuan orang Islam di kolej tersebut dan anda akan terkejut dengan hasil pemerhatian itu.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Cukuplah bebelan saya pada pagi ni.Nak pergi mandi untuk ke kelas LAW.
wassalam..
No comments:
Post a Comment