Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Monday, November 29

Jangan Baca Kalau Xsuka makan petai..

Hai,Assalamualaykum..

Baca blog title,panjang betulkan?Ni la yang cuba saya ketengahkan hari ni..
Pasal petai.

Kebanyakan orang muda sekarang xsuka makan petai.Berbau busuk.Betul x?

Tapi,sebenarnya petai ni sedap dan banyak khasiatnya.Semalam saya minta mak saya belikan petai untuk dicicah dengan budu.hahaha.siapa xpernah makan budu??Raise your hand..
Semasa saya bersekolah dulu,pernah salah seorang classmate saya bagitau,"Pikah,kalau balik Kelantan,bawakla budu sebotol.Aku xtau bentuk budu macamana,"
(Tapi,saya xbawak balik budu pun kat asrama,segan kot.)

Budu ataupun sos bilis

Budu perlu dimakan dengan cili dan limau nipis untuk menambahkan kesedapan.

Berbalik kepada cerita petai.Sebenarnya petai ni banyak khasiatnya.

  1. Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.
  2. Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.
  3. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
  4. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
  5. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi
    masalah kegemukan.
  6. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

credit to:[encik Fazlisyam]


Jom makan petai untuk kesihatan kita.Jangan asyik makan fast food je..

nota kaki 1:saya dah pergi interview kat SMO,die kata akan call hari ni ataupun esok.
nota kaki 2:Bila la lesen L nak keluar ni?Xsabar nak gi belajar lagi..