Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Friday, December 17

Ini Kisah lagi sedih dari drama One Litre of Tears

Hai,assalamualaykum ^-^

One litre of tears?Mesti ramai yang dah tau berkenaan drama ni.Sesape yang dah menonton drama ni mesti menangis sampai kekeringan air mata macam budak ini dan adiknya.aku??gelak saja akibat melihat gelagat penonton yang betul-betul menjiwai cerita ini sehingga kehabisan tisu akibat menangis dan menangis.Menangis lagi teruk daripada keluarga Ikeuchi.

Kisah yang lagi sedih?Aduyaii..Inilah kisahnya.Kisah aku yang menerima surat tawaran masuk ke Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Semester 4 sesi Disember-April 2011.Alkisahnya,15 Disember 2010 secara rasminya UiTM keluarkan keputusan permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.Sebenarnya dah tau akan dapat,cuma tunggu surat rasmi je la.Gembira.

Tapi,kisah selepas itu agak tidak gembira.Kena bayar yuran RM703+RM400=RM 1103.RM 400 tu adalah untuk intersesi Jun 2010 yang MARA janji nak bayar dekat UiTM tapi MARA xbayar.Sekarang,UiTM minta kami,pelajar bayar duit tu dan claim balik dengan MARA.what the heck is that???Memang sedih tahap gaban.

Dah la masuk je bulan Disember 2010,MARA dah berhenti bagi elaun sara hidup.Dengar khabarnye bulan 1 or 2 baru la MARA akan teruskan pembayaran macam biasa.Nanti nak bayar yuran dengan ape?dengan pasir?Parents?Ini yang masalah.Parents aku bukannya kaya,dah la kena bayar yuran adik aku lagi,duit sekolah diorg lagi.Memang SAKIT KEPALA.Duit buku aku bukannya sikit.Kalau buku RM 10 sebuah xpe,tapi ni sebuah buku pun dah mencecah RM50 or RM 60.Kalau 8 subjek?Lu kira la sendiri.

Makan pulak macamana?Nampaknya aku semester depan lagi kurus dari biasa.Dahla sekarang pun memang kurus,xlama lagi tinggal tulang je nanti.Ni la masalah yang membelenggu kepala aku sekarang sampai menangis teresak-esak tadi.Memang tension kalau ada masalah kewangan.Nasib baik aku dapat kolej Teratai yang xpayah bayar.Alhamdulillah dan berterima kasih kepada badan beruniform yang buat aku xpayah bayar kolej dan dapat stay kolej PERCUMA.Tak payah fikir bil air,bil elektrik,bayar kolej.Kelegaan hanya di situ.

Orang kata,rileks beb.Semua masalah ada jalan penyelesaiannya.Jalan penyelesaian ape?Cuba bagitau.Memang xde.Aku dah agak perkara ni akan terjadi.Tunggu masa je kepala aku nak meletup.
Mood murung aku dah bermula.Aku kena banyak berpuasa sunat dan banyak berjimat cermat semester depan.

"Ya Tuhan,Kuatkanlah hatiku,tabahkanlah jiwaku untuk menerima dugaan ini."

nota kaki 1:MARA oh MARA,kasihanilah aku.Cepat-cepatla masukkan duit.

nota kaki 2:terfikir nak buat kerja sambilan bila dah masuk belajar nanti.

2 comments:

Anonymous said...

sabar qah.. doa bnyk2.. ad la bantuan tu nnt..

Bukan Pesimis said...

insyaAllah,bntuan tu memang ade,cuma cepat atau lambat je..:)

tapi nak tunggu bantuan sampai,masyaAllah seksanya..