Warning: Warning:this entry will be fulled of pictures and explanation.If u does not want to take a look at those pictures,you may click ‘X’ now..I hope u won’t regret after viewing this.
| Aku dan Fazila,my ex roomate before joining commander |
i-City,24th May 2010
Aku dan kawan-kawan pergi ke i-City semasa kami semua sedang mengambil kursus intersesi di kampus UiTM Shah Alam.i-City memang best.Rasa macam bukan kat Malaysia tapi macam kat Korea.(Perasan jap).Bandar penuh dengan lampu-lampu yang berwarna-warni.Sesiapa yang tak pernah pergi ke i-City,tempat ini adalah tempat yang sangat best sebab cantik.=)
Disebabkan kami penat berjalan-jalan di i-City,kami semua mengambil keputusan untuk makan-makan time di Kopitiam Pak Li kat seksyen 7,Shah Alam.Lepastu,baru masuk kolej.Huh,memang lambat gila masuk kolej,dalam pukul 12 tengah malam.First time balik kolej lewat gile.Pak Guard Kolej Melati tanya kami kenapa balik lambat sangat?Kami jawab,pergi makan dengan muka xbersalah.Adoii,kalau ikut peraturan UiTM,pelajar mesti masuk ke kolej paling lewat pukul 11 malam.Selepas 11 malam,pak Guard ada kuasa untuk melayangkan surat saman atau pun rampas kad matrik pelajar.Nasib kami baik,pak Guard buat-buat xnampak je dengan kelakuan kami.Huhuhu.
| Aku,Hajar dan Eka Aku,Hajar dan Eka di Subang Jaya Parade. |
Kami bertiga adalah kawan sejak dari darjah satu di Sekolah Kebangsaan Taman Medan,Petaling Jaya(1998).Aku hanya sempat bersekolah di situ selama setahun sahaja sebab pada tahun 1999 ,keluarga aku kecuali ayah aku berpindah balik ke Kelantan.Aku tak tau kenapa berpindah sebab aku kecik lagi pada masa tu.Ayah aku masih bekerja di Selangor sehinggalah pulang ke Kelantan for good pada tahun 2003.Tapi,dalam tempoh tu,(1999-2003),kalau cuti sekolah je,mesti pergi Selangor jumpa ayah.Kadang-kadang ayah balik juga ke kampung.
Waktu aku bersekolah di sana,mereka adalah kawan baik aku,terutama Eka.Aku selalu pergi main kat rumah dia sampai malam.Kena marah,baru balik.Di sekolah kebangsaan,kitorang bukannya sekelas,tapi kami adalah classmates sekolah agama.Aku banyak habiskan masa dengan mereka.
Walaupun aku sudah berpindah ke Kelantan,kami berutus surat.Surat-surat tu masih lagi aku simpan.Maklumlah,budak-budak masa tu mana ada handphone lagi.Xtau SMS,FB macam budak-budak zaman sekarang.
Syukur,walaupun telah lama terpisah,kami bertemu kembali setelah kami dewasa.(opps,dewasa ke??).Tu gambar first time berjumpa setelah 8 tahun xberjumpa.Kami masih seperti dulu.Rapat dan xpernah terasa pun perpisahan tu.(1998-2010).12 tahun tu.Sungguh lama,kan??
| Duduk dari kiri:Fatma,Anis,Liana,Wani,Emy,Iza dan Atifah Depan dari kiri:Ada,aku dan Ela |
Reunion Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong,6 Elit (2003)
Semasa hari raya puasa yang lepas,kelas 6 Elit pada tahun 2003 ada buat majlis reunion.Aku pergi reunion kelas.Memang lama xjumpa sampai aku ingat-ingat lupa nama mereka.Teruknya aku,ni.Nama kawan pun boleh lupa.Kalau perempuan,boleh cam lagi.Lelaki,serius aku xcam.Kalau jumpa diorang kat luar,aku xcam rasanya.Muka semua sudah berubah.Lebih matang.Lebih hensem.lebih cantik.Aku je yang xbertambah cantik.hehehe.Tapi,xramai yang datang. Biasala,semua orang ada hal sendiri termasuklah Ecah.Aku call dia banyak kali suruh dia datang,siap mesej lagi.Tapi xdatang-datang juga sampai ke sudah.Haish.
| AC 110 4D(Julai-Disember 2010) Bersama Puan karmila yang memakai baju putih di tengah-tengah tu. |
Kawan-kawan sekelas aku memang baik,memang happening,tapi aku yang ada masalah.Aku tidak bergaul sangat dengan mereka.Minta maaf ye,kawan-kawan.Aku yang membina dinding supaya mereka tidak dapat masuk ke dalam kehidupan aku.Minta maaf sekali lagi.Aku bukan sombong,aku bukan pendiam,tapi aku cuba untuk menjadi orang lain kat dalam kelas tu.Aku lebih suka berada di hadapan,bercakap dengan orang yang berada bersebelahan sahaja dan aku anti-soSIAL .Mungkin ada yang tidak menyenangi sifat aku,minta maaf sekali lagi.Dan sebab itulah aku lebih banyak menghabiskan masa bersama geng-geng komander sebab aku selesa menjadi diri aku.Bersama mereka,aku gembira.Bebas berkata apa sahaja.Bebas melakukan apa sahaja.Walaubagaimanapun,sem depan aku masih lagi mahu bersama mereka,belajar di dalam kelas yang sama.Aku selesa bersama mereka tetapi mungkin sikap aku yang agak dingin.Maaf.
Nota kaki 1:Part 3 ada lagi.Nantikan ye.huhuhu
Nota kaki 2:Cuti sudah menghampiri penghujungnya.
2 comments:
wah...bestnye bercuti.. :)
Jom Sertai Bloglist MemoriSeorangMuda
Segmen Bloglist MemoriSeorangMuda 2011
[afizz]
cuti memang best,
nak habis cuti seksa la pulak..
haish..
Post a Comment