![]() |
| Menara SAAS,my faculty |
Hari ni hari terakhir tahun 2010 dan juga hari terakhir aku berada di rumah.Sungguh bersemangat rasanya mahu mulakan semester baru di UiTM Shah Alam sebagai pelajar ijazah perakaunan semester 4.Maklum sajalah,aku baru sahaja berpindah dari UiTM Puncak Perdana selepas menamatkan Diploma Perakaunan (Trek Pantas) di sana.
Malam ini,aku akan menaiki bas untuk balik ke kolej.Aku akan berada di kolej Teratai,kolej yang disediakan untuk pelajar-pelajar unit beruniform seperti Komander Kesatria (Negara/Bomba/Brassband), SUKSIS, PALAPES dan sebagainya. Takut juga ye nak masuk ke kolej baru,suasana baru,orang baru.*menakutkan*
Kebanyakan orang sekarang banyak memperkatakan tentang azam tahun baru.Azam tahun baru aku??Belum difikirkan.Huhuhu.Eh,bukan xde,tapi azam aku sama sahaja seperti kebanyakan orang.Tak perlu dihuraikan. *Fullstop*
Nota kaki 1:Bermula esok,apabila orang bertanya umur aku berapa,dengan segannya aku menjawab "20 tahun".
Nota kaki 2:Bemulanya kuliah,maka sesi menulis blog juga akan dipendekkan dengan serta merta.

4 comments:
Goodluck. Selamat menjalani kehidupan sbg seorang pelajar. :)
Hargai masa belajar. akan merindui zaman tersebut selepas bekerja.
[kak missha]
tq..masa belajar masa paling best,kan?Tapi,pelajar nak cepat-cepat kerja.Org kerja nak balik mse blajar..
kan kak missha?
wah,,, sama batch yana kat puncak perdana la kan, 2009?? kenal komander aishah?? dh pindah induk ye??
selamat menghadiri kuliah..=)
Post a Comment