Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Monday, March 28

Nak Ponteng tapi diselamatkan Lecturer!!!

Hai,Baca tajuk pon mesti semua orang dah tau apa yang aku bakal tulis.Alkisahnya, hari ni aku ada kelas Hubungan Etnik (10.30-12.30), Financial Accounting (2.00-4.00) dan Public Sector Accounting.(4.00-6.00)

Selepas kelas Hubungan Etnik kat level 7,aku selalunya akan naik ke level 11 sebab kelas Financial Accounting kat level 11.Tapi,hari ni aku tak naik ke level 11 sebab aku niat nak ponteng kelas tu. Kelas Financial Accounting sangat membosankan sebab aku tak faham apa yang lecturer cakap.Jadi,aku ambik keputusan nak selfstudy kat library.

Aku pun angkat la segala buku-buku yang aku pikul dengan tulang 4 kerat TERATAI-MENARA turun ke kafe sebab nak lunch dengan Zuzu dan Tikah. Aku tunggu diorang kat lobi menara.Lama jugak la aku tunggu dari 12.10 tengahri sampai 12.45.Perghhh,menyirap darah aku tunggu diorang.Handphone aku pulak mati sebab lupa nak cas semalam.Bengkekkkk je gua.

Sedang aku ralit menunggu diorang,*suspen*,tiba-tiba aku nampak lecturer Financial Accounting datang dengan bawak makanan bungkus ke arah aku. Dia senyum kat aku weh...

Lecturer   : Hai,sorang je??Dah makan?
Aku         :Taklah,tunggu kawan.
Lecturer   :Tunggu boyfriend ke?
Aku         : Mana ada.Kawan je. Diorang turun kejap lagi.
Lecturer   :Oklah,saya naik dulu,jangan ponteng kelas..*senyum*



























Ha..amacam??Dia tau niat aku weh..
Adoii,aku dengan berat hatinya mengangkat beg pergi ke kafe dan naik ke level 11 untuk kelas seterusnya.






Kesimpulan: Jangan Ponteng kelas.Lecturers have their own instinct about what we think about them.




nota kaki:"Jangan Ponteng kelas" tu ayat yang aku reka je.Sebenarnya aku rasa bersalah sebab dia nampak aku dan dia tegur aku tadi.Kalau aku tak datang kelas, nanti dia perasan yang aku tak de dan dia tau aku sihat je.


Menara SAAS


Menara SAAS.
Fakulti aku kat sini.
Kamu semua mesti fikir UiTM ni takde duit ke nak cat menara SAAS,tapi sebenarnya ada kisah di sebalik menara yang buruk yang tidak di cat ni.Kalau nak tau,call aku.



eh,melalut tak tentu pasal pulak.Berbalik kepada tajuk,aku tekankan lagi..

Jangan Ponteng Kelas































kejap.sebenarnya aku nak tunjuk gambar dewan baru UiTM.Nak show off sikit.Hehe.

DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR 




 pic credit to :TAZ dan FAliHin JasmY 


Dewan UiTM yang baru ni betul-betul cantik dan besar.*Bangga sekejap jadi budak UiTM*.
Kalau korang masuk dewan ni,mesti rasa kagum,especially time ada event.Skrin dia besar gila macam skrin wayang.Patutla haritu Vice Chancellor adakan majlis tayangan bersama Vice Chancellor kat sini.


K la..That is all for today.Babai dear friends. 

No comments: