Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Tuesday, April 12

14th week

Hai,assalamualaykum..
Minggu ni adalah minggu terakhir kuliah semester ini dan sedar tak sedar ini sudah semester kelima aku bergelar pelajar universiti. semester kelima??That means 2 and half years already,ok??

Pengalaman belajar kat universiti ni terlalu banyak sampai aku pun tak terkira dan tak teringat semuanya. Pahit manis kehidupan semua aku belajar. Tapi, bagi aku,pengalaman belajar di MRSM buat aku masih lagi berpegang atas prinsip aku, buat aku masih lagi menjadi manusia yang sentiasa sedar akan pelajaran,ibubapa dan aku tak bersoSIAL seperti budak-budak lain.

Minggu terakhir ni sudah ringan sedikit beban yang aku pikul.Kebanyakan assignments dah siap dan sudah dihantar. Yang tinggal cuma ada kuiz Cash Flow esok dan Test Management Accounting Sabtu ni. Kelas pun sudah banyak ditamatkan dan hari ni adalah hari terakhir bagi kelas Organisational Behaviour and Corporate Gorvenance. Lecture Corporate Gorvenance(CRG) aku adalah seorang lecturer veteran yang akan aku ingat sampai bila-bila sebab she taught me a lot about our life. Tadi, rasa nak nangis bila she let us go and call off the day for this semester. Beliau berpesan supaya mengaplikasikan ethics in our life dan jangan takut untuk menegakkan kebenaran walaupun dalam bidang yang aku sedang lalui ini, banyak penipuan berlaku sebab kebanyakan manusia menjadi hamba kepada duit. Aku sendiri pun takut dan kadang-kadang aku terfikir if someday somebody ask me to alter the financial statements and give me a lot of money, what should I do??

Kau cakap senang, jangan terima duit tu, tapi when it happens to you, you will know how it feels and only accounting students know it well. We will face it someday or somehow if we work in this field. Bribery,Fraud; akan jadi asam kehidupan kau. Takutnya, dan aku fikir aku mungkin tak lama terlibat dengan kerja ni sebab aku nak jadi academician supaya aku bersih dari perkara tak halal.

Cash Flow statement :- aku belajar Cash Flow a year ago dan waktu tu aku ingat lagi yang aku tak faham apa-apa. Aku masuk final exam dengan blur dan aku tak tahu pun mana nak letak items dan aku sangat bersyukur semester ni aku dah faham.*Alhamdulillah.*Walaupun tak de la sampai nak dapat full marks, tapi at least I know how to do it pun dah cukup bagi aku. Paper Advanced Financial Accounting I adalah killer paper untuk semester ni dan memang ramai senior fail sampai lecturer buat seminar segala.So, aku harap sangat-sangat aku tak fail dan aku dapat A. Aminn, InsyaAllah..

Tarikh konvokesyen diploma dah pun diketahui. Aku konvo pada 19hb Mei nanti. InsyaAllah parents aku pun akan datang. Aku takut menyusahkan mak ayah aku untuk datang, tapi kalau parents tak datang, what will happen to me? Mak ngan ayah aku tak pernah tak de di sisi aku on my big day sejak aku kecik lagi. Jadi, kalau mak atau ayah aku tak datang konvo, mau aku meraung dalam DATC tu. Haha.

Kalau korang still baca blog aku lagi, thanks for all readers. Tapi, seriously aku tak harap pun orang nak tinggalkan jejak whatsoever in my blog because blog aku tak de info pun. I just want to express my feeling. So,aku remove the followers gadget and shoutmix gadget. Tak penting pun,kan??

Ok, I think that is all for my writing today. I just hope that all of you are going to have a nice day tomorrow.
Good night and sweet dream..

With lots of Love,
Syafiqah
12.55 am  13th April 2011

1 comment:

Nas said...

salam perkenalan dr twitter ke blog.. hehe.. eh.. ko dak fast track eh? kelas mane eh? aku normal track... tu la pelik cmne ko tahu2 pasal project akaun.. errr.. da siap ?