Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Monday, October 10

Of Modul and Futsal


Assalamualaykum..
aku tak tau nak tulis ape walaupun banyak perkara dalam fikiran aku.
Mungkin aku boleh berkongsi sedikit je kot.

Situasi 1: 

Aku        : Aku nak masuk futsal hujung minggu ni.
X             : Kau tak nak gi modul?
Aku        : Tak naklah.Aku nak repeat sem depan.
X             :Kak A cakap,kalau repeat modul,kemungkinan kena extend.
Aku        :Alah,aku bukannya repeat banyak sem pun.Sem depan aku repeat la modul sem 5 n wat sekali sem 6.
Y yang selama ini mendengar sahaj menyampuk.
Y              : Kalau awak repeat modul,nanti banyak aktiviti tak boleh buat sama-sama.
Aku        : saya bukannya repeat sorang-sorang,saya repeat ngan Z.
Y tak memandang aku dan berkata;
Y              :Ikut suka awaklah,awak dah besar,fikirla baik buruknya sendiri.

Situasi 2:
Waktu pagi,baru lepas bangun tido.
Beeep..Beep..bunyi mesej masuk.

W            : Assalamualaikum,Jom join Futsal.
(Mesej ini di forward kepada V,X,Y,dan Z)
Aku        : Dah join,dah bagi nama pun.

Situasi 3:
Aku,V,X,W dan Y bertembung di tangga dan terjadilah perbualan antara kami.Oppps,bukan kami.Mereka.Aku tak bercakap pun.Hanya mendengar dan memerhati.

W            : Jom la join Futsal. Xde orang join pun. Jangan la memalukan persatuan..
X             : (Dengan gembiranya) Aku dah join Futsal.
V             : Ala,saya tak tau nak join ke tak.Modul penting,tapi futsal pun penting jugak.Y,awak join futsal x?
Y              :Tak,kita x join.Tak nak la repeat modul.

Dan perbualan seterusnya cakap pasal hal lain pulak..
Aku diam dan berkata dalam hati,
1.”X,semalam kau cakap repeat modul kena extend,kau nak extend jugak ke?”
2. “Y,kenapa tak bagitau dekat yang lain suruh diorang piker baik-baik macam awak cakap kat saya semalam?”


p/s: Aku rasa PMS syndrome dah dtg.sensitif semacam. Diorang tak sedar kot yang kata-kata diorang tu wat aku SENTAPPPPP..

p/s/s: Aku cuba untuk rasional,aku cuba untuk sabar,aku pun dah lupa macam mana nak marah orang.

p/s/s/s: Sabar itu pahit.Walaupun aku rasa geram,tapi aku senyap je.Aku cuba untuk bersabar,tak nak keruhkan keadaan. Menahan kemarahan itu lebih baik.

Tapi,tolong la fikir yang orang lain pun ada pendapat tersendiri. Salah ke kalau tak join aktiviti sebab aku nak study?


No comments: