Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Wednesday, October 26

Proses Menjadi Manusia

   Dulu,aku selalu mahu berubah.Yes,berubah.
Berubah ke arah yang lebih baik untuk menuju ke jalan yang diredhai Tuhan.

Aku selalu mencari-cari orang yang akan bawa aku dari jalan hidup aku yang agak gelap.*I guess.*
Aku menyalahkan orang di sekeliling sebab aku rasa mereka adalah punca aku tak boleh berubah.

Itu dulu.
Sampailah ke satu saat.
Aku berumur 20 tahun.

20 tahun,bukan satu usia yang kebudak-budakan lagi.
Alhamdulillah,Allah temukan aku dengan orang-orang yang boleh bawa aku keluar dari jalan yang gelap ini.
Kenapa dulu aku tak nampak kehadiran dia,
kenapa dulu aku terlalu mengikut perasaan.

Bila aku dah jumpa erti sabar,
Allah tunjukkan lagi aku jalan yang lebih mudah menujuNya.
Terima kasih ya Tuhan.

Tahun ni,aku ada baca buku "Contengan Jalanan" by Hlovate.
Niat hati nak berubah membuak-buak,
Tapi,perubahan itu sukar.
Sehinggalah kini.
Aku pun tak perasan yang aku sedang mengalami satu perubahan diri.
Tapi,orang-orang di sekeliling kata aku berubah.
Maksudnya,aku memang dah berubah la kan..

Perubahan ini diharapkan akan terus maju,
maju lagi dan maju lagiiiiii...

Nota kaki: Aku tak reti nak menulis,nak gambarkan perubahan diri.But,Allah knows what I want to say.



1 comment:

Anonymous said...

Perubahan itu tidak semestinya sehingga perlu orang lain untuk menegur kelainan diri kita, sebaliknya perubahan itu membuat kita yang menyoal diri sendiri. Ya Allah bantulah kami agar lurus tegak dijalanMu.

Semoga perubahanmu sebaik-baik ke jalan yang satu. Semoga peribadimu menjadi medan dakwah secara langsung dan tidak langsung kepada rakan-rakanmu dan juga aku..

Semoga perubahanmu membawa erti yang besar buat agama fitrah ini. Insha Allah.