Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Tuesday, May 8

Star One Award

Star One Award.Anugerah Bintang Satu.

Itu nama kursus kayak yang aku join Sabtu dan Ahad lepas di Tasik Titiwangsa, KL. Sedikit sebanyak membantu aku yang sangat takut dengan air yang dalam.

Sangat best dan sangat.....gelap.

Banyak yang aku belajar. Mungkin boleh dipraktikkan nanti dan boleh jadi trainer in the future. Haha.

Dah berzaman tak upload gambar. Malas sebenarnya. Tapi, hari ni,rajin pulak aku cilok gambar-gambar yg kawan-kawan upload kat FB dan upload pulak kat blog.

Gambar-gambar ni semuanya gambar hari Ahad, semasa ujian praktikal kayak di atas tasik. hari pertama memang takde gambar lah sebab semua orang di dalam tasik sambil memegang paddle masing-masing.

Ni gambar selepas giliran aku ujian kawad.
Tengok,aku masih lagi memakai B.A ( Buoyancy Aid)

Perjalanan balik ke UiTM setelah penat berkayak.

Angkat kayak untuk dimasukkan semula ke dalam stor.
Sepatutnya seorang pegang 2 kayak, tapi waktu ni,setengah kayak telah dimasukkan kedalam stor.

Aku tengah cuak sebenarnya, tapi bila ada orang nak ambik gambar Mad dan Bahsyar, terus aku dok kat belakang diorang.

Ujian Kayak

Capsize. yang ni aku fail. kayak dan paddle hanyut dan aku sangat takut tak dapat keluar dari kayak bila dah terbalik macam ni,

Group under Abang Naga,the instructor.

Komander Kembara + Kresmarian.
Aku?Kresmarian.


Aku tak bagitau mak yang aku pergi kursus kayak. Semalam kena marah habis-habisan. Aku tak faham kenapa mak dan ayah aku tak suka aku join aktiviti-aktiviti macam ni. Sosial mungkin? Bahaya mungkin? Argggghhh. Bersosial berlebihan tu kat mana-mana ada, asalkan kita menjaga pergaulan dan masih lagi ada batas dalam segala tindakan, aku rasa ok je.

Bahaya? tak bahaya langsung.*krikkrik* Yang penting kena confident. Yakin dengan air, yakin dengan B.A,yakin dengan kayak dan paddle, kita mesti selamat.

Dah la,sekarang jam pukul 5.40 petang, aku dah janji ngan kawan-kawan nak kayak lagi.

K, Bai.


No comments: