Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kekuatan kepada seorang Syafiqah untuk menjejakkan diri ke Bosnia. Ini pengalaman pertama travel solo. Secara jujurnya, semua pengembaraan ke tanah asing baru saja bermula sejak aku belajar di UK.
Bosnia.
Satu tempat yang istimewa di hati aku. Perjalanan ke Bosnia mengambil masa yang lama kerana terpaksa transit di Zurich International Airport selama 14 jam. Bila sampai ke Sarajevo Bulitmir International Airport, aku terpinga-pinga. Lapangan terbangnya hanya ada 5 gate sahaja.
Setelah passport ku dicop di passport controller, aku keluar dan menghirup udara Sarajevo. Oh, baru ku teringat yang aku perlu membeli simkad Bosnia, namanya BHMobile. Aku ke kaunter pos di airport dan membeli simkad BHMobile dengan harga 5KM.
Aku cuba untuk membuka handphone ku, dan menukar simkad di cafe airport Sarajevo. Aduh. Tak reti. Aku memandang sekeliling untuk bertanyakan sesiapa yang boleh membantu ku. Di depan meja ku ada dua orang lelaki yang berusia dalam 30-an dan aku nekad untuk menuju mereka. Aku bertanyakan adakah mereka sanggup untuk membuka handphone ku dan menukar simkad kerana aku tak berapa pandai. Alhamdulillah, simkad berjaya ditukar akhirnya.
"Awak di sini seorang diri?"
"Ya, saya seorang."
"Oh, kenapa ke mari?"
"Saya ingin melawat Sarajevo dan Srebrenica."
"Saya dari Srebrenica. Tapi, saya sudah tidak tinggal di situ lagi sejak Perang berakhir."
Aku diam. Mencari perkataan yang sesuai.
Aku sudah berjanji untuk tak bertanya lanjut mengenai perang kepada orang yang ku temui di jalanan. Bimbang mereka terluka dan mengimbau kenangan pahit 20 tahun yang lalu.
Setelah mengucapkan terima kasih kerana menukar simkad ku, aku keluar mencari teksi. Sudah ku baca di Trip Advisor yang Sarajevo Taxi akan mengenakan tambang yang mahal kepada pelancong untuk ke Sarajevo Old Town. Mataku melilau mencari teksi selain Sarajevo Taxi, tapi hampa. Jadi, aku mengambil keputusan untuk mengambil teksi ke stesen tram di Ilidza. Tambang yang dikenakan agak mahal iaitu 20KM, padahal perjalanannya tidaklah terlalu jauh. Syukur aku tidak mengambil keputusan untuk ke Old Town menggunakan taxi.
![]() |
| Stesen tram di Ilidza |
![]() |
| Salah satu tram. |
![]() |
| Stesen tram di Ilidza adalah bersebelahan dengan stesen bas. |
Selah membeli tiket di gerai suratkhabar yang terletak di pintu masuk ke stesen tram, aku menaiki tram no. 3 untuk ke Bascarsija. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 35 minit.
![]() |
| Dalam tram ke Bascarsija. |
![]() |
| Inilah hostel tempat ku menginap selama 3 malam di sini. |
![]() |
| Ada dua katil, tapi aku sebenarnya hanya menempah bilik yang ada satu katil sahaja. |
Ingin sekali menulis panjang, tetapi harusku siapkan dissertation dahulu. Insya Allah Part 2 akan datang nanti.







No comments:
Post a Comment