salam.
Kurang dari 7 jam dari sekarang,umur saya akan menginjak ke umur 19 tahun.
Dalam usia ini,banyak yang telah dipelajari,hidup xselalunya senang..
Personaliti diri dibentuk tatkala melihat orang-orang sekeliling saya menunjukkan attitude mereka.
Sering kali saya melihat orang dan berkata:
"saya mahu jadi macam dia,"
atau
"Mintak-mintak dijauhkan perangai seperti dia."
Pancaindera inilah yang membantu saya untuk menjadi diri saya sekarang.
Dulu,saya ramah.(mungkin)
Sekarang,saya lebih memilih untuk bersikap kera sumbang.
Selepas saya keluar dari MRSM Taiping pada tahun 2008,saya memilih untuk menjadi kera sumbang kerana dunia luar lebih mencabar.
Jika bergaul dengan orang yang salah,saya mungkin akan menjadi seperti orang yang saya xmahu jadi iaitu
"Mintak-mintak dijauhkan perangai seperti dia."
Mana tahu mungkin satu hari nanti saya akan berperangai buruk seperti orang itu.
Dunia luar xseindah yang disangkakan.Mungkin hidup di dalam pagar sekolah selama 5 tahun menjadikan saya berfikiran seperti ini.Pelbagai ragam orang boleh diketemukan dengan 1001 macam perangai.
Selama 19 tahun ini,saya cuba membentuk personaliti dan perangai yang boleh membuat saya berjaya pada masa hadapan dengan menjadi seorang akauntan.Saya xpernah bercita-cita untuk menjadi doktor.Saya xpernah bercita-cita untuk menjadi jurutera.Cita-cita saya hanya satu waktu di sekolah dulu iaitu,
masuk ke dunia korporat dengan berjaya dan mencari asset sebanyak mungkin dan dalam terma perakaunannya bermaksud "non current assets".
Jadi,dengan persepsi ini,dan bergantung kepada cita-cita yang satu,saya cuba untuk buat yang terbaik dalam pelajaran saya.Saya cuba untuk buat yang terbaik,bukan untuk jadi yang terbaik.Saya memilih segala-galanya yang terbaik dan maka menjadikan saya agak cerewet dalam membuat sesuatu keputusan.
Dunia telah berubah.Mereka tidak akan memandang manusia tanpa pelajaran.
Jadi,saya cuba untuk mengikut arus masyarakat dengan memilih pelajaran sebagai perkara nombor satu dalam hidup saya.Jika anda cuba berkata-kata tanpa pelajaran,anda hanya akan dianggap sebagai tin kosong iaitu bunyi je lebih,isi tarak..
Pernah dengar "no money,no talk"?Mereka yang mencipta idiom ini memang mengikut arus dunia masa kini.Pendapat anda walaupun bernas sekali pun,tidak akan dipandang kalau kocek kosong.
Dunia materialistik.Mengejar pelajaran.Mengejar kemewahan.Mengejar kesenangan dunia.
Namun,tanpa kita sedari,setelah semua yang dikejar dapat dipegang,dapat dicapai,apa lagi yang mahu dicapai??Cita-cita apa lagi yang perlu ditanam??
Saya sering juga bertanya kepada diri saya,apakah yang akan dikejar setelah cita-cita saya tercapai??
Sering kali kita nasihat-nasihat seperti:
"Hidup xlama,buatlah sesuatu kerana Allah Taala,"
Selepas mendengar tazkirah,ingat sekejap.Kemudian,beralih niat lagi.
Selepas itu,dengar tazkirah lagi,insaf sekejap.
Kenapa selama 19 tahun ini,niat saya sering berubah-ubah?
Sering dicuba untuk mengislahkan diri,tetapi jalan lain yang diketemukan??
Kadang-kadang rasa buntu.Mencari kebenaran dalam diri.Tetapi kadang-kadang ia xseindah yang kita cuba cari.
Selak niat.Cuba cari,adakah benar belajar kerana Allah?adakah benar bekerja kerana Allah?
Saya ingin membuat pengakuan.Banyak kali tersalah niat.Belajar kerana nakkan respect from others.
Want to be an accountant to make more money from others.Tapi,hakikat di sebalik semua ini,
mati juga kan??
Sepandai mana pun,kain kapan berwarna putih juga akan dibalut.
Sebanyak mana pun kemewahan,sampai suatu masa,akan ditinggalkan juga.
Umur sudah 19tahun.Banyak kali tersalah niat untuk hidup.
Sedar hidup untuk mencari keredhaan Allah,tapi setebal manakah iman untuk menangkis godaan syaitan??
Saya xmahu orang kata saya jahat.Saya cerewet.Saya itu.Saya ini.
Tapi,itu sudah menjadi darah daging saya.
Pemikiran dan personaliti ini bukan dibina dalam masa sehari.
It takes a lot of times to be a person.
Kadang-kadang saya juga pelik bin ajaib.
Dari mana personaliti ini dibentuk?
Ayah?Mak?
Owh,xmungkin.
Ayah dan mak saya xmempunyai pemikiran seperti saya.
Mereka tahu apa yang saya nak dan mereka juga tahu niat saya.
Maka,saya sebenarnya sering dileteri dan dinasihati.
Jadi,
saya tidak mewarisi personaliti ini dari ibubapa saya.
Kawan-kawan?
Rasanya xmungkin sebab banyak kali mereka tidak suka dengan sikap saya.
So,sebenarnya dari mana??
Mungkin tersorok dalam diri saya kot.
Banyak sudah saya berceloteh sambil membuang segala isi fikiran di sini.
Hidup saya.Saya yang tentukan.
p/s:cuba untuk menukar cara berfikir.Banyak kali dicuba.Tapi xmampu.
(masalah besar kalau saya berterusan berfikir seperti ini)
8 comments:
wahhhhh!! selamat hari lahir :)
semoga pnjg umur dan sentiasa dirahmati :)
terima kasih..:)
semoga kita semua dirahmati Allah..
Aminn..InsyaAllah..
epy befday gud luc cari identiti
dah g baca buku jangan banyak berangan yea
heppy befday dear... :)
salam..di sinilah peringkat untuk mematangkan diri..itu adalah perkara normal..kita menjadi cerewet kerana byk mengkaji dan berfikir..mungkin baik pada anggapan kita tetapi jelek pada mata org lain krn mrk yg menilai diri kita.
selamat 19..
haha..boley kah wish cam gini..
apa pun hepi besday to u..teringat pakcik time mudo2 dulu..hehe
cemomoi:tyme cuti mana baca buku..
moon:tq,dear
bro ozzy:nk berubah tu susah..bukannya semudah ABC,sesuatu yang sudah menjadi darah daging,sgt susah untuk dibuang..
arief:thanks..
Post a Comment