Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Wednesday, June 30

July

Salam.

Sudah Julai rupanya.Sedar xsedar sudah 183 hari kita semua mendayung sampan di sungai 2010 ini.
Kadang-kadang,sungai terlalu cetek,arus terlalu deras,terjumpa buaya dan banyak lagi.
Tetapi,itulah yang mengajar erti hidup.

30 Jun sudah berlalu.Jadi dengan rasminya saya sudah pun berumur 19 tahun 1 hari mengikut kiraan Lilypie di atas tu.Bulan ini semester baru Julai-Disember akan bermula dengan subjek yang lebih mencabar.8 subjek dalam satu semester dan 5 daripada 8 subjek adalah subjek akaun.

Beberapa hari lepas,saya sudah mengambil jadual dari student portal UiTM dan saya mendapati ada beberapa hari dalam seminggu perlu menekan kalkulator selama 6 jam berturut-turut.Aduh,nanti kejang la jari saya bermula dari minggu depan.Tetapi,tidak mengapa,saya suka tekan kalkulator sebab bila tekan kalkulator,semua masalah hidup boleh dilupakan.

Baru-baru ini,saya ada terbaca mengenai MARA dan JPA akan menaja lebih banyak pelajar ke luar negara untuk program sarjana dan mengurangkan penghantaran pelajar ke luar negara bagi program ijazah.Hal ini kerana biasiswa untuk pelajar cemerlang SPM tidak mencukupi.Ia sering berlaku,dan saya teringat selepas menerima keputusan SPM 2008,ramai kawan-kawan dapat ke luar negara tetapi tidak kurang juga belajar di dalam negara akibat dari tidak mendapat biasiswa walaupun mendapat keputusan yang cemerlang.Saya juga turut sama menerima tempiasnya apabila permohonan Program Ijazah Luar Negara di bawah kelolaan JPA ditolak dan digantikan dengan Progran Ijazah Dalam Negara.

Tetapi,saya tidak menerima tawaran daripada JPA kerana pada waktu itu,saya sudah pun mengikuti program Skim Pelajar Cemerlang(SPC) di bawah kelolaan MARA di UiTM sehingga kini.Pada pendapat saya,keputusan kerajaan untuk menghantar ramai lagi pelajar di bawah program sarjana lebih tepat kerana pada waktu itu,pelajar lebih matang dan tidak lagi perlu dibimbangkan.Walau bagaimanapun, keputusan yang diambil oleh kerajaan pasti mengguris hati kecil anak-anak di sekolah menengah yang bercita-cita untuk belajar di luar negara dengan menggunakan keputusan SPM.

Walaubagaimanapun,universiti tempatan tidak kurang hebatnya.Sehingga hari ini,Malaysia mempunyai sebanyak 21 buah IPTA dan 515 buah IPTS .Sungguh banyak,bukan?Fasiliti di universiti tempatan juga tidak kurang hebatnya.Semua yang disediakan cukup dan boleh memberi keselesaan kepada pelajar.Namun begitu,ramai pelajar lebih mengagung-agungkan universiti luar negara pada hakikatnya belajar di negara Malaysia juga sangat membanggakan.

Hasil daripada pembacaan saya, program ijazah universiti di Malaysia adalah sangat baik dan mempunyai kelas yang tersendiri tetapi bagi program sarjana,ia lebih baik dilakukan di luar negara kerana pelajar mempunyai kemudahan untuk akses jurnal dan maklumat dengan lebih mudah berbanding di Malaysia.Maka,saya dapat membuat kesimpulan yang kerajaan Malaysia telah mempertimbangkan baik dan buruknya program di dalam atau di luar negara selain dapat mengurangkan pengeluaran ringgit Malaysia ke luar negara.

Jadi,pelajar Malaysia,apa tunggu lagi?Berusaha lah untuk mendapat apa yang terbaik dalam diri kita.Di mana-mana pun kita belajar,bagus atau tidak,berjaya atau gagal,semuanya kerana diri kita sendiri.

Look inside ourselves and we'll know what we ever wanted.:)

p/s:nk sgt pegi UK blaja kt sana lepas degree nnt.
Harap2 Allah panjangkan umur dan izinkan saya..
Aminn..InsyaAllah..

1 comment:

MOFASAD said...

selamat hari lahir!!!!!!!!




Sedar xsedar sudah 183 hari kita semua mendayung sampan di sungai 2010 ini.


suka ayat tu!!!











>>__________<<