Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Saturday, March 3

Post 22nd February

Hai,Assalamualaykum..seperti mana tajuk post itu, aku dapat rasakan kamu faham dengan isinya. Ia ditulis pada 22nd February 2012.

Dah lama tidak menulis, cuti semester biasa la. No internet connection. Dah malas nak guna broadband memandangkan kat kolej Teratai 2 kan ada wifi. Jadi,kenapa nak bazirkan duit melanggan broadband? Ye dokkk?

Hari ni, result exam semester 5 dah keluar. Sebenarnya, aku dah jangka ia akan berlaku dan yang peliknya aku tidak sedih. Aku tak tau kenapa, air mata dah kering mungkin, atau pun aku memang mengharapkan kegagalan kali ini supaya aku dapat bangun semula.

Gagal?Definisi gagal bagi setiap orang adalah berbeza. Begitu juga aku, dan aku definisikan sebagai bila aku keluar dari zon selesa dan keputusan seperti kebanyakan orang, aku anggap ia gagal.Straight to the point, aku tak dapat DL semester ni dan GPA merudum dan nasib baik Allah masih lagi menyayangi aku. CGPA masih lagi dalam kelompok yang aku mahukan. Tak payah beritahu berapa, tapi Alhamdulillah ia cukup untuk menaikkan semangat aku.

Seperti biasa, aku menganalisa kesilapan aku. Aku rasa kesilapan paling ketara adalah bila aku berusaha sebab aku mahukan compliments. Compliments? Ya, compliments atau pun dalam bahasa melayunya ia bererti pujian. Aku tak ikhlas dalam berusaha dan aku rasa hati aku yang sakit. Ya,penyakit hati seperti ujub, riak dan etc.

Selepas menerima keputusan tersebut yang dihantar melalui emel pada pukul 1.01 am. Aku terdiam dan aku menganggap once in my life time, aku mesti gagal. Pelikkan? Aku yang nak gagal. Sebenarnya, aku dah tak nak lagi menerima kata-kata yang baik macam,” Awak rajin,””Awak pandai,”Awak macam-macam lagi la.

Aku dah malas mendengar semua itu dan aku mengambil keputusan untuk tak berapa study semester ini dengan harapan ia akan menjadi batu loncatan kepada aku.Kamu faham maksud batu loncatan? Dalam ayat mudahnya, aku nak jadikan kegagalan sebagai energy booster. Yes, energy booster.

Mendapat keputusan yang tak berapa elok itu buat aku tak boleh tidur. Bergolek ke sana ke mari dan akhirnya aku cuba juga untuk melelapkan dan aku tidur pada pukul 5 pagi. 4 jam aku dok berfikir dan aku membaca status-status orang di facebook dan twitter.

Ada yang mengucapkan Alhamdulillah dan tak kurang juga yang bersedih. Aku juga ada post sesuatu mengenai result aku. Nak tau, tengok la sendiri kat FB profile. Salah satu azam aku adalah untuk berhenti tengok kpop videos. Eh, aku mampu ke? Aku juga bermonolog dalaman. Aku rasa aku mampu. Tapi,masih ada sesuatu yang aku niatkan mengenai KPOP. Aku nak bagitahu Wani, my exclassmate aku waktu kat Taiping dulu pasal 2PM. Aku nak mintak tolong dia baca news pasal 2PM dan bagitahu aku and kalau 2PM nak datang Malaysia lagi, tak kiralah untuk Korean Music Wave atau untuk Asia Tour ke World Tour ke,mesti bagitahu aku. Bukannya apa, aku sebenarnya dah allocate duit dalam rm300 nak pergi konsert untuk tahun ni. Teruk kan aku? Kata nak berubah, tapi masih nak pergi konsert. Owh ye, sebabnya aku Cuma nak berhenti tengok videos dan aku masih lagi nak dengar lagu2 2PM.Aku kan hardcore fan.

Ok, lepas aku tidur pukul 5 pagi tu, aku bangun lagi nak solat Subuh.Masa nak solat subuh, badan aku ketar semacam, dan tiba-tiba je panas. Kepala dah sakit dan tekak rasa mual nak muntah. Ok, aku dah kena virus demam. Aku bagitau mak yang aku demam dan mak tanya pasal result aku. Seperti yang dijangka, mak aku kecewa, dan ayah cakap mungkin aku dok selalu sumbat telinga dengan lagu-lagu tak berfaedah. Tapi, mereka cakap kat aku, tak pe, boleh cuba lagi. Tiba-tiba je air mata nak mangalir. Hoiiii, kata tak nangis. Aku tak nangis, Cuma kejap je air mata mengalir.Mak cakap sampai demam dibuatnya lepas tak dapat DL. Adoiii, aku pun tak tahu macamana aku boleh demam, terkejut mungkin?

Disebabkan aku demam, aku tak makan pape pon sampaila tengahari, orang dah lunch, aku baru nak sarapan. Tu pun sebab nak makan ubat. Lepas tu, dah tak makan sampai pukul 10 malam. Itu pun sebab nak makan ubat. Lepas makan ubat,ni la yang aku buat sekarang.menulis blog tapi tak post lagi..Haha.

Banyak yang aku dah plan untuk semester depan. Aku dah tak nak lagi makan nasi waktu lunch sebab nanti mengantuk dan tak study. Aku mesti bersenam tiap2 petang kat tasik seksyen 7,aku mesti bangun awal tiap2 pagi untuk solat dan bagi makanan rohani. Makanan rohani pun penting. Nanti jiwa jadi kosong, dan aku akan rasa nak monolog benda yang bukan-bukan. Bisikan syaitan. 

Owh ya, kehidupan aku sebagai komander pun akan berjalan seperti biasa cuma aku dah tak payah mengajar kawad hari Jumaat. Yesssss. Bila ingat komander, terus aku stress. Malasnya aku nak join aktiviti. Haish.. Tak lama lagi nak ada sem general meeting B’coy. Diorang dah cakap(geng2 aku) nak calonkan jadi ketua kompeni? What to do? Aku kena fikir ni supaya aku tak dapat jawatan KK tu. Mintak-mintak la orang lain yang jadi. Aku bukannya apa, tapi aku rasa aku tak dapat nak ambik tahu hal semua orang. Aku ni jenis yang tak bersosial sangat lepas dah masuk uni. Jadi, aku kurang ambik tahu pasal orang. Kira bukan aku kaki kepoh dan aku tak nak tahu pun pasal orang lain kecuali pasal orang-orang yang terdekat. Kalau aku jadi ketua kompeni, maksudnya aku kena ambik tahu pasal ahli-ahli kompeni. Adehhhhhh. Malasnya.Jadi, aku kena fikirkan sebab kenapa diorang tak boleh undi aku jadi ketua kompeni. Idea pleaseeeee.

Sem depan dah masuk semester 6 dan tahun depan aku akan habis belajar, InsyaAllah. Dulu rasa macam nak kerja dulu,tapi sekarang aku rasa aku mesti sambung lagi.Tahun depan baru 22 tahun and it is a long way to go.Aku dah ada rancangan hidup. Ow yeah..Nak sambung belajar lagi di suatu tempat yang dari zaman sekolah lagi aku nak sambung kat situ. Kat mana? Adalah..Biarlah rahsia. Nanti, kalau Allah masih lagi panjangkan umur aku, dan Allah kabulkan impian aku, aku akan khabarkan. Sekarang ni, aku dok google cari scholarship apa yang aku patut mintak,ape qualifications, and terms and conditions scholarship nanti. Jadi, untuk dapatkan scholarship aku mesti usaha betul-betul dan mesti study hard.Aku dah tak nak harapkan kata-kata orang lagi terhadap aku. Aku mesti berusaha. Chaiyooookk!!Aja Aja Fighting!

Sedar tak sedar, dah banyak aku menulis. Panjang bebenor ye post kali ni. Thanks for reading. Dan kalau kamu tak baca, dari awal sampai akhir, aku tak marah pun sebab post ni terlalu panjang dan tak de kena mengena dengan kehidupan kamu. Ia hanya pasal kehidupan aku sahaja.
Wassalam.

No comments: