Tak Payah la Follow..Blog ni tak de info pun

Sunday, January 11

Permulaan 2015

Assalamualaykum,

Hari ni sudah 11th January 2015, 7.58 pm di 8 Travis Place, S10 2DB, Sheffield.

Tahun ni usia sudah 24 tahun. Masya Allah, cepat sungguh masa berlalu.

19th January ni final exam. Study.


Banyak perkara bermain di fikiran sebenarnya.
Banyak.


Lagi 8 bulan akan meninggalkan bumi UK. Akan mula merindui tempat ini. Sungguh. Tempat yang cantik. Udara yang super segar. Alhamdulillah.


Minggu lepas dari 1hb Jan hingga 9hb Jan, Allah bagi peluang ke Barcelona and Paris.

Bila dah mula berjalan, otak mula merangka-rangka untuk berjalan lagi ke sana-ke mari melihat alam. Betul orang kata, bila dah ke luar negara, skyscanner adalah laman web yang wajib check for updates after social media websites. Seronok sangat melihat bumi Allah ni. Langitnya, buminya, sejarahnya, masya Allah, very stunning.

Sebenarnya menulis bukan untuk bercerita pasal Barcelona and Paris, tapi lebih kepada emosi. Tapi tapi tapi, bila baca semua post-post yang lepas, sama je update nya. Bosan. So, boleh di buat kesimpulan, masa jiwa kacau je, blog lah tempatnya.

Kali ni update picture lah. Cerita di UK.

Ni 9hb January 2015 di Brunswick Street.
Kak Syafiyah dah nak balik Malaysia. Jiran yang selalu bagi makanan. Kak Syafiyah kena balik Malaysia sebab posting ke Sarawak 19hb January ni. All the best Kak Syafiyah,

Muka kak Syafiyah kena block dengan si comel Harraz. 

Travel mates in Barcelona and Paris.
Paris sejuk yang amat, pakai baju berlapis-lapis tu. Dalam dress ada baju, lepas tu pakai sweater, lepas tu pakai coat. Sejuk yang amat di Paris. Tapi sayangnya Paris hancing. Euwwwww.

Charlie Hebdo attack.
Polis dan askar merayau-rayau dengan senapang besar. Sangat menakutkan. :(

Eiffel Tower.

Kat Paris ini je lah yang best kot. Paris, I didnt like you. Sorry.

kata tak suka Paris, dok upload banyak gambar Paris ni dah kenapa?
Barcelona Beach
Kegilaan bersama Didi.

Banyak betul scene random. Kejar bas la, sesat dalam metro la. Hikhik.
Selfie at the beach.

Matahari memacak atas kepala, tapi masih sejuk. Sejuk la jugak. Sikit.

Museu Nacional d'Art de Catalunya
Fountain yang tak tahu kat mana, depan Stadium Olympic Barcelona
Ni memang candid. Baca peta, tengok map tu dah semestinya.
Miramar Montjuic
Stadium Olympic Barcelona
Miramar Monjuic. Lepas keluar dari cable car

Makanan halal di Barca area Liceu and La rambla

La Rambla

Barceloneta

French Connection

Generator Hostel Barcelona

Mount Tibidabo


Semua gambar tu memang cantik. Eh? Perasan sikit la. Langitnya memang cantik. Buminya pun sangat lah indah. Masya Allah.

Semoga panjang umur, murah rezeki boleh gi explore tempat lain pulak.

Target: Mengembara di seluru pelosok UK. Insya Allah. Nanti bila balik Malaysia, mahu melihat Malaysia pulak. Insya Allah.

No comments: